Ucapan Dari Pengarah
Pelabuhan
Bismillah Hirrahman Nirrahim
Brunei Darussalam meneruskan usahanya dalam mempelbagaikan ekonomi menuju
perindustrian, dan peranan Pelabuhan Muara telah menjadi faktor yang lebih kritikal. Ia
menjadi lebih kompleks dengan tertubuhnya kawasan-kawasan pertumbuhan ekonomi di dalam
ASEAN, dan kemajuan di dalam perlaksanaan AFTA.
Dasar yang diikuti oleh Jabatan Pelabuhan di bawah tunjuk ajar Kementerian Perhubungan,
ialah untuk menubuhkan perkhidmatan perkapalan yang baru, terus dan punggah edar melalui
Pelabuhan Muara. Dasar ini akan membolehkan Pelabuhan Muara memenuhi keperluan Negara,
termasuk juga rantau ini.
Pelabuhan Muara mempunyai kelebihan geografi yang strategik di mana tiada teknologi dan
kepakaran dapat menandingi di rantau ini. Walau bagaimanapun, kami menyedari bahawa Kargo
Laut (Sea Cargo) tidak mengikut tempat. Kargo akan menuju ke Pelabuhan yang mempunyai
kemudahan-kemudahan yang lebih baik, kos operasi yang lebih rendah, dan kecekapan dan
produktiviti yang lebih tinggi. Pelabuhan kami telah bersiap sedia untuk memenuhi
keperluan-keperluan yang mencabar ini.
Kemudahan-kemudahan yang ditawarkan oleh Pelabuhan Muara, adalah di antara yang terbaik di
rantau ini. Kemudahan-kemudahan ini disokong oleh perkhidmatan Stevedoring kami
yang dapat diharap, dan Container Freight Station (CFS) yang telah diswastakan,
agar dapat memberikan perkhidmatan selaras dengan keperluan Pengguna-pengguna Pelabuhan.
Dalam menempuh cabaran alaf baru ini, Pelabuhan Muara telah memulai program perkembangan
yang mana telah di buktikan dengan pembukaan Kontena Terminal yang baru. Operasi terminal
ini akan di bantu oleh kumpulan Pengurusan sehingga profesional yang terbaik.
Di dalam proses perancangan, maklumat merupakan kepentingan yang utama. Kami berkeyakinan
laman web ini akan menyediakan sumbar maklumat yang penting mengenai dengan
kemudahan-kemudahan dan perkhidmatan-perkhidmatan Pelabuhan kami, kepada semua
pelanggan-pelanggan kami yang berpotensi.