Zon Ekspot Muara
Penubuhan Zon Ekspot Muara (MEZ), yang terletak di luar kawasam Pelabuhan, adalah
satu langkah berani Jabatan Pelabuhan yang telah diambil di dalam usaha untuk mempromosikan
dan menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai pusat perdagangan di rantau ini.
Dengan menyedari keperluan bagi membolehkan menangani semua aktiviti-aktiviti utama
yang mempromosikan perdagangan dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan.
Terdapat potensi yang luas bagi perkembangan kemudahan ini dengan tertubuhan rantau
BIMP-EAGA. Dengan kedudukan geografi yang strategik di antara negara-negara EAGA,
Pelabuhan Muara disokong dengan infra-struktur dan kemudahan pelabuhan yang canggih.
Hasrat Jabatan Pelabuhan adalah untuk menjadikan Pelabuhan Muara sebagai pusat penggabungan
dan punggah edar serantau, dengan menyediakan kadar tarif yang menarik dan mengalakan
untuk memajukan pasaran yang berpotentesi besar.
MEZ menawarkan kadar tarif yang sangat competitive dan mengalakan bagi
perkembangan perdagangan di MEZ. Di samping kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh
Jabatan Pelabuhan, penerapan prosidur Kastam juga diselaraskan melalui Jabatan Pelabuhan
untuk kesenangan pelanggan-pelanggan MEZ.