The Government of Brunei Darussalam

Pelabuhan Muara

Sistem Perhubungan

Stesen Isyarat Muara (MSS) beroperasi 24 Jam dan dapat dihubungi melalui Saluran 16 VHF Laut, bila-bila masa.

Semua kapal yang datang di perairan Brunei akan menghubungi MSS untuk arahan bertambat. Setelah tambatan disediakan, kapal tersebut akan diarahkan untuk masuk menuju Pelabuhan dengan bantuan Jurupandu Jabatan Laut.

Untuk menyediakan perkhidmatan yang mudah, cepat dan cekap di dalam pengurusan kapal, kesemua Bahagian Operasi Pelabuhan termasuk Agen Perkapalan membawa radio laut VHF begerak.

Sebagai tambahan, Unit Perkapalan Jabatan Pelabuhan dapat dihubungi melalui radio SSB dan telefax terus untuk mengetahui meklumat jadual perkapalan. Bagi kesenangan semua kapal, Agen Perkapalan juga diberikan kemudahan supaya mereka mempunyai pejabat sendiri di Bangunan Jabatan Pelabuhan yang terletak di luar kawasan Pelabuhan.



||
Ucapan Pengarah | Misi Jabatan | Zon Ekspot Muara | Tarif | Carta Organisasi | Pelabuhan Muara | Operasi Pelabuhan | Perhubungan | Maklum Balas ||

||
Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts ||