Pelabuhan Muara
Perkhidmatan Tambahan Di Darat
Jabatan Pelabuhan sudah membeli dua (2) unit Quay Crane untuk kapal generasi
ketiga dibantu oleh empat (4) unit Transtainer bagi kawasan penarohan, untuk
perkhidmatan kepada kapal kontena yang akan diberikan perkhidmatan utama di Terminal
Pelabuhan Muara. Untuk memberikan kadar perkhidmatan yang tinggi, kemudahan ini akan
diberikan sokongan oleh mesin Reachtacker terkini yang akan memberikan penggunaan
optima ke atas kawasan penarohan kontena yang ada dengan kelambatan yang minima.
Untuk memastikan perkhidmatan yang lancar ke atas kapal-kapal, Terminal Pelabuhan
Muara akan dilengkapi dengan bengkel yang moden yang berkemampuan memberikan bantuan
kepada semua kelengkapan baru. Bengkel ini akan di kendalikan oleh kakitangan yang
brpengalaman dan mahir untuk memastikan masa kerosakan pada mesin-mesin tersebut
ditahap minimum. Kemudahan yang termoden akan memastikan bahawa semua masaalah akan
diatasi dengan cepat dan seterusnya memberikan perkhidmatan yang dikehendaki daripada
mesin-mesin ini.