Pelabuhan Muara
Lokasi
Pelabuhan Muara dibukakan untuk operasi komersil pada bulan Februari 1973, dan
dinamakan sebagai Jabatan Pelabuhan pada 1hb Mei1974. Jabatan Pelabuhan mengambil
alih keseluruhan pengurusan dan operasi semua pelabuhan-pelabuhan pada 1hb Januari
1986 dari Jabatan Kastam dan Eksais Diraja.
Pengurusan Jabatan Pelabuhan melalui komitmennya yang kuat ke arah membangun
industri perkhidmatan beroriantasikan pelanggan, telah mengambil banyak langkah positif
di dalam menepati kehendak pengguna-pengguna pelabuhan. Komitmen ini disertakan dengan
pelaburan yang dilakukan ke atas jentera dan infrastruktur yang baru dan moden, membolehkan
Jabatan Pelabuhan untuk terus memperbaiki kualiti prestasinya.
Dengan pelaburan yang disebutkan tadi, Jabatan Pelabuhan sekarang berada dikedudukan
yang baik untuk menunaikan kehendak semasa pengguna-pengguna pelabuhan dengan secukupnya,
juga bagi menepati pertumbuhan yang dijangkakan bagi pergerakan kargo kontena di
rantau ASEAN timur. Kedudukan yang strategik bagi semua laluan ke Utara dan Selatan
merentasi Laut China Selatan.
Pelabuhan Muara sekarang sudah bersedia menghadapi alaf baru, dengan menyediakan
kemudahan dan perkhidmatan yang terbaik.