Operasi Pelabuhan
Kemudahan
Kemudahan-kemudahan yang tersedia di Dermaga Serba-guna Jabatan Pelabuhan boleh
memberikan perkhidmatan kepada kapal kago komersil, kapal kontena dan kapal membawa
kereta yang sering melalui perjalanan perdagangan di rantau ini.
Jalan masuk dermaga pelabuhan Muara ialah melalui laluan air sepanjang 2.6 kilometer
yang telah digali untuk menerima masuk kapal-kapal yang mempunyai derap maksima sedalam
9.5 meter. Kedalaman tempat merapat adalah 10 meter dan boleh menerima kapal kontena
generasi kedua.
Bahagian unit perancangan perkapalan memberikan skim di mana Kapal Induk/Feeder
akan diberikan kautamaan untuk rencana perkapalan yang kritikal. Skim ini dapat
dipanjangkan untuk kapal-kapal yang mempunyai kemudahan untuk kontena berhawa dingin
di Terminal adalah sebanyak 100 plug yang universal untuk memberikan perkhidmatan
kepada semua kago transit yang berhawa dingin. Untuk memastikan perkhidmatan berkualiti
tinggi untuk kago yang berharga, kemudahan reefer ini akan dilengkapi dengan
sistem penguasaan konten sejok. Ini akan menjamin barangan kago pengimpot/pengirim
dijaga pada suhu yang kritikal sepanjang masa transit. Sumber bekalan kuasa yang
berasingan tersedia untuk memastikan bekalan kuasa yang berterusan demi untuk keselamatan
kago.
Kemudahan Penyimpanan
Kemudahan terminal merangkumi kawasan seluas 10 hektar memberikan kawasan kontena
bertingkat seluas 50,000 meter persegi. Ini akan diharapkan untuk memberikan tempat
penyimpanan sebanyak 3,000 TEU untuk kontena berisi dan tambahan 2,500 TEU untuk
kontena kosong. Untuk kecekapan operasi , kemudahan akan disokong dengan kemudahan
mesin-mesin Reach Stacker yang terkini untuk mengatasia masalah kerosakan
yang tidak di sangka disebabkan yard gantries.