Operasi Pelabuhan
Keselamatan dan Sekuriti
Terminal Kontena Muara (MCT) mempunyai kawasan yang berpagar panuh dan rumah
jaga yang berasingan untuk memberikan sisitem keselamatan yang labih baik dan laluan
yang mudah. Lampu keselamatan diletakkan di kedudukan tertentu yang mana disokong
oleh penjana kuasa (stand-by) bagi menyalurkan sunber tenaga yang berterusan.
Untuk memasoki kawasan Terminal ini sangat ketat, seseorang dimestikan mendapatkan
kebenaran masok yang bertulis. Kebenaran masok ini dikeluarkan dan diperiksa oleh
Bahagian Keselamatan Jabatan Pelabuhan .Bahagian ini akan menjaga laluan masuk menggunakan
sistem edaran 24 jam. Keselamatan kago akan lebih dipertingkatkan dengan pemasangan
close circuit television (CCTV) di kawasan yang boleh didatangi oleh orang
ramai dan pekerja operasi.
Terminal ini juga dilengkapkan dengan alat pengesan kebakaran yang terkini dan alat
pemadan api yang mencukupi. Sebagai tambahan, Balai Bomba Muara yang mempunyai peralatan
yang lengkap di samping anggota-anggotanya sendiri dan terletak berhampiran dengan
Pelabuhan Muara, akan dapat memberi bantuan pada bila-bila masa.
Pada masa ini, segala pergerakan keluar dan masok di kawasan Pelabuah adalah diatur
dan dikawal oleh Pasukan Polis dibantu oleh Bahagian Keselamatan Jabatan Pelabuhan.
Masok dan keluar kawasan Pelabuhan akan dikenakan pemeriksaan secara fisikal dan
juga dokomen. Dari itu adalah diserankan sekeras-kerasnya supaya mempunyai dokumen
yang cukup sesiapa yang hendak memasoki kawasan Pelabuhan mestilah menghadapkan kemasokan
yang sah.
Bagi pengunjung yang boleh dipercayai, mereka bolehlah mendapatkan pass badan dari
Rumah Jaga Jabatan Pelabuhan bagi membolehkan masuk ke dalam pelabuhan dengan terlebih
dahulu memberikan dokuman pengenalan yang sah. Bagi kesemua pergerakan keluar/masuk
kago, seperti biasa akan dikenakan prosidur keselamatan yang teliti dan lancar yang
kendalikan oleh Bahagian Keselamatan Jabatan Pelabuhan.