The Government of Brunei Darussalam

Operasi Pelabuhan

Laluan kapal yang masuk ke Pelabuhan dan khidmat jurupandu adalah di bawah Jabatan Laut. Jabatan ini juga akan menyediakan perkhidmatan menunda dan kapal tunda sekiranya diperlukan.

Bahagian operasi darat atau semasa kapal bertambat, adalah kesemuanya di bawah pengurusan Jabatan Pelabuhan. Jabatan ini mengawal semua activiti di dalam kawasan pelabuhan dan bertanggong-jawab sepenuhnya untuk menaiki kadar tarif dan skim insentif yang lain untuk membangun perniagaan pelabuhan.

Jabatan Pelabuhan Muara menawarkan sistem dua shif dari pukul 7.00 pagi hingga 10.00 malam. Syif kedua memberi khidmat yang boleh dipanjangkan jika diperlukan. Ini membolehkan Pelabuhan menggunakan tenaga kerja dan peralatan dengan optima dan seterusnya menghasilkan produktiviti yang tinggi.

Semua kapal disediakan dengan perkhdmatan yang cekap dan harga yang berkesan, ditambah pula dengan kemudahan yang moden yang dikendalikan oleh Pegawai yang berpengalaman.

Jabatan Pelabuhan, sebuah badan kerjaan juga menyediakan infra-struktur untuk kelancaran operasi untuk semua operasi Pelabuhan yang di jalankan dengan cekap oleh sektor swasta. Perkhidmatan yang di sediakan oleh sektor swasta termasuk semua perkhidmatan pemunggahan, krin dan mesin pengendalian kargo. Ini di tambah juga dengan kawasan pengendalian peralatan kontina yang dikendalikan oleh pegawai yang berpengalaman. Bagi tambahan untuk kesemua pengawasan fisikal dan pengawasan untuk prestasi operasi Pegawai Pelabuhan, produktiviti Kapal, masa berpusing bagi kapal dan dermaga di awas dengan bantuan kemudahan komputer untuk memastikan bahawa bantuan prestrasi yang di teruskan pada setiap masa.

Penunjuk prestrasi diawasi dengan dekat oleh Bahagian Pentadbiran untuk memastikan bahawa ëindustrií yang di terima adalah dipelihara pada tiap peringkat operasi Pelabuhan. Dengan ini, komitmen untuk memberikan perkhidmatan yang berterusan untuk semua tuan punya kapal dan pengguna Pelabuhan terjamin.



||
Ucapan Pengarah | Misi Jabatan | Zon Ekspot Muara | Tarif | Carta Organisasi | Pelabuhan Muara | Operasi Pelabuhan | Perhubungan | Maklum Balas ||

||
Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts ||